HADITH
QUDSI = Wahi / wahyu yang diturunkan Allah menurut perkataan Nabi itu
sendiri. Allah berkata kepada Nabi dalam bentuk jasmani Nabi, dalam
bentuk Malaki Nabi, dalam bentuk Ruh Nabi. Dalam yang pertama itu Allah
berkata-kata dalam perkataan perkataan bahasa, dalam yang kedua dalam
bentuk awalan awalan surah surah tertentu ( huruf muqatta ) dalam yang
ketiga dalam bahasa keruhanian.
HULUL = penjelmaan
HADI = orang yang membimbing ke jalan yang benar
HAL = keadaan dzauk
HUKAMA = ahli ahli falasafah
HIJAB = tabir
IBLIS = sangkaan tentang yang lain daripada Allah
ILMI SINA = ilmu yang disampaikan dari hari kehati
MAKSUD KALIMAH TAUHID
KALIMAH TAUHID peringkat khusus yaitu yang diertikan dengan qasad :-.
Aku mengaku bersaksikan diriku sendiri bahawa tiada yang nyata dalam diriku melainkan Zat Allah semata-mata.
Maksudnya
ialah tiada wujud manusia itu pada hakikatnya . Yang wujud ialah Allah
semata-mata tiada yang lain ( La Maujuda Ilallah ). Inilah Kalimah
Tauhid Insan membawa pengertian bahawa hidupnya manusia itu dengan Hayat
Allah , bergerak manusia itu dengan Kudrat Allah dan seterusnya.
MAKSUD KALIMAH RASUL
KALIMAH RASUL ditashdiqkan sebagai : -
Aku
mengaku bersaksikan diriku sendiri bahawa Akulah Muhammad menyampaikan
Hak Allah. Yang membawa maksud bahawa YANG BERSUARA itu ( Ruh / Nyawa )
mengaku disaksikan oleh YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu ( Jasad ) bahawa
Yang Bersuara itu adalah penyampai ( Rasul ) Sifat Sifat Allah kepada
jasad / tubuh badan.
Rasul ini disebut / dinamakan sebagai MUHAMMAD MUSTAFA RASUL ALLAH.
TAHAP TAUHID TAUHID mengikut IMAM AL-GHAZALI
Imam
Ghazali menceritakan tahap tahap tauhid manusia itu dengan mithalan
yang indah sekali didalam kitabnya IHYA ULUMIDDIN. Beliau mengibaratkan
tahap tauhid manusia itu umpama sebiji kelapa.
Lapisan
yang luar itu yang sangat nipis – ianya hijau bila kelapa itu muda dan
menjadi coklat kehitaman apabila buah kelapa itu tua. Lapisan ini
gunanya Cuma untuk menandakan umur kelapa itu tiada guna yang lain.
Seorang bukan islam yang mengucapkan kalimah syahadah tanpa apa apa erti
dihatinya umpama lapisan nipis inilah. Tiada apa gunanya sebutan itu.
Dibawah
lapisan nipis itu ialah bahagian yang paling tebal pada kelapa itu.
Ianya dipanggil sabut. Gunanya pada kelapa ialah untuk menahan hentakan
ketika kelapa masak jatuh kebumi. Gunanya kepada manusia mungkin menjadi
penghalau nyamuk, penyentah tahi ayam atau bahan kerusi kereta.
Imam
Ghazali mengumpamakan sabut kelapa ini sebagai IMAN ORANG AWAM YANG
RAMAI itu ( sabut bahagain paling tebal pada sebiji buah kelapa )
Yang
ramai itulah yang mengtashdiqkan Dua Kalimah Syahadah sebagai : Aku
naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.
Barangkali
inilah maksud hadith Nabi yang bermaksud : janganlah kamu ikut orang
yang ramai itu , kerana yang ramai itu menyesatkan kamu. Barangkali
sahaja tetapi anda tentukanlah untuk diri anda sendiri sama ada mahu
mengikut yang ramai itu ?
Dibawah sabut ialah tempurung dimana isi kelapa melekat. Kegunaan tempurung pada manusia adalah kegunaan peringkat rendah.
Pada
Imam Ghazali tempurung diibaratkannya sebagai Tauhid Peringkat Ketiga.
Manakala isi kelapa yang mengandungi santan itu diumpamakannya sebagai
Tauhid Peringkat Tertinggi.
Ianya
umpama RASA LEMAK SANTAN didalam santan kelapa itu. Rasa lemak inilah
yang dikatakan sebagai ZAT KELAPA. Bila rasa lemak / zat dikeluarkan
maka isi kelapa itu akan dikenali sebagai hampas kelapa.
Yang
dicari oleh seseorang manusia yang arif didalam sebiji kelapa ialah
RASA LEMAK kelapa itu. Orang yang arif yang mencari rasa lemak ini
diumpamakan oleh Imam Ghazali sebagai orang yang bertauhidkan pada
tauhid peringkat tertinggi yang bertashdiq bahawa :-
TIADA YANG WUJUD DI-SELURUH ALAM MAYAPADA INI MELAINKAN ZAT MUTLAK ALLAH SEMATA-MATA.
YANG ADA / WUJUD HANYA ALLAH MENTAJALLIKAN DIRINYA MELALUI NAMA NAMA & SIFAT SIFATNYA KEDALAM SETIAP YANG KELIHATAN WUJUD.
Tiada GHAYR – tiada yang lain. LA MAUJUDA ILLALLAH.
PENDAPAT IBNU ARABI
Manakala Ibnu Arabi pula mengatakan bahawa tiadalah sama antara orang yang beriman dengan orang yang ARIF.
Iman
itu adalah umum dan biasa untuk orang awam dan orang biasa. Arif adalah
khusus untuk orang khusus mengatasi IMAN dengan mengetahui HAKIKAT IMAN
itu sendiri.
Pada
hakikatnya orang Arif sudah pasti beriman manakala orang beriman ramai
yang tidak arif. Maka diperentahkanlah sembahyang itu kepada orang yang
beriman.