Assalamualaikum...
Selamat pagi dan salam sejahtera..sekadar berkongsi apa yang berlegar di dalam kepala otak aku sekarang..pagi
tadi selepas solat subuh..aku seperti biasa bersama rakanku di masjid
akan membaca buku fadhilat amal untuk menambahkan pengetahuan mengenai
ilmu agama ALLAH...sebaik sahaja selesai, aku berbincang sekejap dengan
rakan ku itu dan di dalam perbincangan tersebut, dia menceritakan
mengenai kisah seorang hamba ALLAH yang dia telah berjumpa dan pernah di
ajak untuk duduk bersama mendengar bacaan fadhilat amal di masjid...
....Dan dipendekkan cerita...dia
mengatakan bahawa hamba ALLAH tersebut mempersoalkan mengenai kesahihan
hadis yang terkandung di dalam fadhilat AMAL tersebut..dan rakan aku
mengatakan sesuatu yang tidak aku setujui namun aku hanya mengangguk dan
tersenyum kerana tidak mahu menyakitkan hati nya..rakan ku itu
mengatakan bahawa..siapa lah kita untuk mempersoalkan kesahihan sesuatu
hadis itu kerana itu kerja ulama atau ustadz...bukan kita...aku
berfikir..jadi bagaimana kalau Ulama dan ustadz itu pesong atau sengaja
menyesatkan...jadi kita pun termasuk longkang...ini lah yang berlaku
kepada kaum-kaum yahudi dan nasrani dahulu..mereka di tegah untuk
mempersoalkan apa yang di keluarkan oleh paderi..ikut saja..kerana itu
agama..orang awam tidak layak mempersoalkan..Astaghfirullah.. dan lihatlah betapa jauh nya kitab mereka dengan kebenaran.
Fikiran
menghadkan pertanyaan mengenai kesahihan sesuatu hadis itu atas sebab
yang memberitahu itu ustadz atau ulama..atau atas sebab siapa lah kita
utk mempersoalkan mereka..bagi aku itu salah cara berfikiran nya...kita
dengar kata Rasullullah SAW..bukan ustadz atau ulama...ilmu ini
diterima..kemudian di nilai dan diperiksa kembali kepada al-quran dan
as-sunnah...aku tidak suka hanya menerima ilmu itu bulat-bulat....bukan
kah ALLAH menganugerahkan kita AKAL untuk berfikir...kalau di larang
utk berfikir..jadi mengapa di anugerahkan AKAL..tepuk dada tanya
IMAN...doa kepada ALLAH..semoga di mudahkan pemahaman mengenai
agama-NYA..insya ALLAH...