Saat Allah Subhanahu wa Ta’ala mengeluarkan keputusan Ilahiah untuk mewujudkan makhluq, Ia pun menciptakan Haqiqat Muhammadaniyyah (Realiti
Muhammad –Nuur Muhammad) dari Cahaya-Nya. Ia Subhanahu wa
Ta’ala kemudian menciptakan dari Haqiqat ini keseluruhan alam, baik alam
atas mahupun bawah. Allah Subhanahu wa Ta’ala kemudian memberitahu
Muhammad akan Kenabiannya, sementara saat itu Adam masih belum berbentuk
apa-apa kecuali berupa ruh dan badan. Kemudian darinya (dari Muhammad)
keluar tercipta sumber-sumber dari ruh, yang membuat beliau lebih luhur
dibandingkan seluruh makhluq ciptaan lainnya, dan menjadikannya pula
ayah dari semua makhluq yang wujud. Dalam Sahih Muslim,
Nabi (SAW) bersabda bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menulis
Taqdir seluruh makhluq lima puluh ribu tahun (dan tahun di sisi Allah
adalah berbeda dari tahun manusia, peny.) sebelum Ia menciptakan Langit
dan Bumi, dan `Arasy-Nya berada di atas Air, dan di antara hal-hal yang
telah tertulis dalam ad-Dzikir, yang merupakan Umm al-Kitab (induk
Kitab), adalah bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam adalah
Penutup para Nabi. Al Irbadh ibn Sariya, berkata bahawa Nabi sall-Allahu
‘alayhi wasallam bersabda, “Menurut Allah, aku sudah menjadi Penutup
Para Nabi, ketika Adam masih dalam bentuk tanah liat.”
Maysara
al-Dhabbi (ra) berkata bahawa ia bertanya pada Nabi sall-Allahu ‘alayhi
wasallam, “Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?”
Beliau sall-Allahu ‘alayhi wasallam menjawab, “Ketika Adam masih di
antara ruh dan badannya.”
Suhail bin
Salih Al-Hamadani berkata, “Aku bertanya pada Abu Ja’far Muhammad ibn
`Ali radiy-Allahu ‘anhu, `Bagaimanakah Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alayhi
wasallam bisa mendahului nabi-nabi lain sedangkan beliau akan diutus
paling akhir?” Abu Ja’far radiy-Allahu ‘anhu menjawab bahawa ketika
Allah menciptakan anak-anak Adam (manusia) dan menyuruh mereka bersaksi
tentang Diri-Nya (menjawab pertanyaan-Nya, `Bukankah Aku ini Tuhanmu?’),
Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam-lah yang pertama menjawab `Ya!’
Kerana itu, beliau mendahului seluruh nabi-nabi, sekalipun beliau diutus
paling akhir.”
Al-Syaikh
Taqiyu d-Diin Al-Subki mengomentari hadits ini dengan mengatakan bahawa
kerana Allah Ta’ala menciptakan arwah (jamak dari ruh) sebelum tubuh
fisik, perkataan Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam “Aku adalah
seorang Nabi,” ini mengacu pada roh suci beliau, mengacu pada hakikat
beliau; dan akal fikiran kita tak mampu memahami hakikat-hakikat ini.
Tak seorang pun memahaminya kecuali Dia yang menciptakannya, dan mereka
yang telah Allah dukung dengan Nur Ilahiah.
Jadi,
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengurniakan kenabian pada ruh
Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam bahkan sebelum penciptaan Adam; yang
Ia telah ciptakan ruh itu, dan Ia limpahkan barakah tak berhingga atas
ciptaan ini, dengan menuliskan nama Muhammad sall-Allahu ‘alayhi
wasallam pada `Arasy Ilahiah, dan memberitahu para Malaikat dan lainnya
akan penghargaan-Nya yang tinggi bagi beliau (sall-Allahu ‘alayhi
wasallam). Dus, Haqiqat Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam telah
wujud sejak saat itu, meski tubuh ragawinya baru diciptakan kemudian.
Al Syi’bi meriwayatkan bahawa seorang laki-laki bertanya, “Ya
RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?” Beliau menjawab, “ketika
Adam masih di antara roh dan badannya, ketika janji dibuat atasku.”
Kerana itulah, beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah yang pertama
diciptakan di antara para Nabi, dan yang terakhir diutus.
Diriwayatkan
bahawa Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah satu-satunya yang
diciptakan keluar dari sulbi Adam sebelum ruh Adam ditiupkan pada
badannya, kerana beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah sebab dari
diciptakannya manusia, beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah
junjungan mereka, substansi mereka, ekstraksi mereka, dan mahkota dari
kalung mereka.
`Ali ibn Abi
Thalib karram-Allahu wajhahu dan Ibn `Abbas radiy-Allahu ‘anhukeduanya
meriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) bersabda, “Allah
tak pernah mengutus seorang nabi, dari Adam dan seterusnya, melainkan
sang Nabi itu harus melakukan perjanjian dengan-Nya berkenaan dengan
Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam): seandainya Muhammad (SAW)
diutus di masa hidup sang Nabi itu, maka ia harus beriman pada beliau
(sall-Allahu ‘alayhi wasallam) dan mendukung beliau (sall-Allahu ‘alayhi
wasallam), dan Nabi itu pun harus mengambil janji yang serupa dari
ummatnya.
Diriwayatkan
bahawa ketika Allah SWT menciptakan Nur Nabi kita Muhammad sall-Allahu
‘alayhi wasallam, Ia Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan padanya untuk
memandang pada nur-nur dari Nabi-nabi lainnya. Cahaya beliau melingkupi
cahaya mereka semua, dan Allah SWT membuat mereka berbicara, dan mereka
pun berkata, “Wahai, Tuhan kami, siapakah yang meliputi diri kami dengan
cahayanya?” AllahSubhanahu wa Ta’ala menjawab, “Ini adalah cahaya dari
Muhammad ibn `Abdullah; jika kalian beriman padanya akan Kujadikan
kalian sebagai nabi-nabi.” Mereka menjawab, “Kami beriman padanya dan
pada kenabiannya.” Allah berfirman, “Apakah Aku menjadi saksimu?” Mereka
menjawab, “Ya.” Allah berfirman, “Apakah kalian setuju, dan mengambil
perjanjian dengan-Ku ini sebagai mengikat dirimu?” Mereka menjawab,
“Kami setuju.” Allah berfirman, “Maka saksikanlah (hai para Nabi), dan
Aku menjadi saksi (pula) bersamamu.”(QS 3:81).
Inilah makna
dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala. “Dan (ingatlah), ketika Allah
mengambil perjanjian dari para nabi: `Sungguh, apa saja yang Aku berikan
kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang
Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan
sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.’” (QS 3:81).
Syaikh
Taqiyyud Diin al-Subki mengatakan, “Dalam ayat mulia ini, tampak jelas
penghormatan kepada Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) dan pujian atas
kemuliaannya. Ayat ini juga menunjukkan bahawa seandainya beliau diutus
di zaman Nabi-nabi lain itu, maka risalah da’wah beliau pun harus
diikuti oleh mereka. Kerana itulah, kenabiannya dan risalahnya adalah
universal dan umum bagi seluruh ciptaan dari masa Adam hingga hari
Pembalasan, dan seluruh Nabi beserta ummat mereka adalah termasuk pula
dalam ummat beliau sall-Allahu ‘alayhi wasallam. Jadi, sabda sayyidina
Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam), “Aku telah diutus bagi seluruh
ummat manusia,” bukan hanya ditujukan bagi orang-orang di zaman beliau
hingga Hari Pembalasan, tapi juga meliputi mereka yang hidup sebelumnya.
Hal ini menjelaskan lebih jauh perkataan beliau, “Aku adalah seorang
Nabi ketika Adam masih di antara ruh dan badannya.” Berpijak dari hal
ini, Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah Nabi dari para nabi,
sebagaimana telah pula jelas saat malam Isra’ Mi’raj, saat mana para
Nabi melakukan salat berjama’ah di belakang beliau (yang bertindak
selaku Imam). Keunggulan beliau ini akan menjadi jelas nanti di Akhirat,
saat seluruh Nabi akan berkumpul di bawah bendera beliau.
Allahumma salli afdalas salaati ‘ala habiibikal Mushtofa Sayyidina Muhammadin wa ‘ala aalihi wasahbihi wasallaam