Minggu, 11 Agustus 2013

KAMUS SUFI

KAMUS SUFI
MAKSUD TAJALLI

ABRAR = orang orang yang baik / orang sufi
ADUM = kosong / tidak ada
ADUB = hormat untuk membezakan antara Ketuhanan & Kemanusiaan
AFAAL = lakuan / kerja / perbuatan
AHAD = satu / sama
AHDIYYAT = Peringkat Awal dimana tidak ada apa apa kecuali keheranan

PERBEZAAN ESA dengan SATU

Inilah yang dimaksudkan dengan kata kata bahawa Allah itu Esa yaitu Allah itu Maha Meliputi. Allah Taala bukan sahaja satu atau tunggal tetapi Allah itu ESA yaitu ketunggalan yang Meliputi. Inilah makna sebenar satu atau tunggal itu.

Oleh itu hendaklah kita faham ESA itu bukan bererti SATU sebab satu itu boleh dibilang. Mahasuci Allah dari sifat yang boleh dibilang.

MEMAHAMI MAKSUD TAJALLI

Sekiranya kita sudah yakin bahawa Alam Semesta ini adalah pentajallian Allah dan manusia itu merupakan Pengwujudan Allah Yang Amat Sempurna Dalam Bentuk Yang Kukuh, maka tidaklah tepat jika kita mengkaji tentang Asal Usul Manusia itu lagi kerana pemahaman manusia tentang asal usul akhirnya memberi pemahaman yang salah kerana otak manusia itu
Enganggap “ yang ada kini tidak semestinya sama dengan asal usulnya . Contohnya :-

Dari kapas menjadi benang
Dari benang menjadi kain

Kapas tetap kapas , benang tetap benang dan kain adalah kain.
Asalnya sama tetapi benang bukanlah kain dan kain bukanlah kapas.

Didalam hal Allah dan manusia , dimana manusia ialah Pentajallian Allah, yang asal dan yang ada itu adalah TETAP SAMA TETAPI TIDAK SAMA. Allah Tetap Allah manakala manusia tetap manusia. Ayat ayat ini amat pelik dan otak amat susah untuk memahaminya dan akhirnya menolaknya sebagai perkara yang boleh diterima.

Untuk memberi faham, maka perlulah diberikan contoh contoh. Bila air dipanaskan , api yang memanaskan air itu tidak hilang sifat panasnya walaupun air mendidih ketahap 100 degrees celcius. Kepanasan api tidak sedikitpun kurang dalam proses memanaskan air itu . Manakala air yang dipanaskan pula walaupun mendidih bila sejuk tetap menjadi air tidak mungkin boleh menjadi api.

Namun begitu bagi maksud untuk menjelaskan apa apa yang mahu dijelaskan didalam Ilmu Hakikat pemahaman tentang pengertian Tajalli tidak patut difahami dalam konteks kapas, benang dan kain.

SEMUA BENDA & PERKARA PUNCANYA IALAH ZAT ALLAH
Asal usul atau puncanya adalah ZAT MUTLAK yang memperkenalkan DiriNya sebagai Allah.

Oleh kerana Zat Mutlak wujud tetapi tidak kelihatan secara nyata saperti objek objek dan tidak boleh dikesan oleh pancaindera manusia saperti bau wangi bunga kenanga atau dirasai saperti manisnya gula, maka Zat Mutlak itu memerentahkan manusia supaya berusaha mengenalNya melalui Sifat Sifat, Nama Nama ( Asma’ ) dan Perbuatan PerbuatanNya ( Af’al ) , melalui benda benda yang dijadikanNya dialam maya ini dan juga melalui satu lagi SIFATNYA yaitu manusia itu sendiri.

MUSTAHIL MANUSIA BOLEH MENGENALI ALLAH

Ibnu Arabi menegaskan bahawa adalah MUSTAHIL bagi manusia itu mengenali , apatah lagi melihat dengan mata kepala akan ZAT ALLAH itu.

Puncak tahu sesaorang mengenai Zat Allah ialah TIDAK TAHU. Penulis pula ingin menyatakan bahawa adalah mustahil juga untuk seseorang dapat mengetahui akan Allah tanpa Pertunjuk & Bimbingan Allah sendiri. Sebagai manusia biasa kita hanya boleh membayangkan rupa seseorang atau sesuatu benda itu bila kita telah pernah bertemu dengannya. Siapakah yang telah bertemu dengan Allah ?

Nabi Musa a.s merayu-rayu kepada Allah untuk melihatNya. Yang dilihat baginda ialah gunung Tursina yang telah hancur. Maka siapalah kita berbanding Nabi Musa ?

Oleh itu bagaimanakah caranya kita boleh Mengenal Allah itu ?

Ada orang mengatakan seseorang hanya boleh Mengenal Allah dengan Allah. Kenyataan sebegini amat membingungkan dan mendatangkan kecewa pada sesaorang penuntut ( salik / talib ) . Kita tidak suka mendengarnya.
PROSES TAJALLI

ILMI SAFINA = ilmu yang disampaikan dengan cara risalah
ITHBAT = menyatakan dengan positif
ISTIJLA = pemerhatian oleh Allah tentang KesempurnaanNya
ITTIHAD = kesatuan – benda benda tidak wujud dan wujud benda benda itu adalah wujud Allah
ITTISAL = berhubung, bersambung
INFISAL = bercerai – berasingan
JALAL = agung / lenyapnya Sifat dalam Zat
JAMAL = indah / manifestasi Sifat

PROSES PENTAJALLIAN

ZAT MUTLAK ghaib dalam SIFATNYA yang iaNya tajallikan melalui NURNYA / NURZAT yang disebut sebagai HAKIKAT MUHAMMAD.

Hakikat Muhammad pula ghaib dalam Sifatnya yaitu NUR MUHAMMAD. Nur Muhammad ilah IBU SEGALA RUH ( Abu – al- Arwah ) Disini Dia menamakan DiriNya sebagai ALLAH.

Sabda Nabi :-

Aku dari Cahaya Allah dan segala yang lain adalah dari Cahayaku.
Aku adalah AHMAD tanpa MIM ( Alif – Ha – Mim – Dal ) jadi ( Alif – Ha – Dal )

Ibu Ruh Nur Muhammad mentajallikan MALAIKAT. Malaikat ghaib didalam RUH AWAL MANUSIA yang digelar RUH QUDSI atau NUR MUHAMMAD MUSTAFA RASUL ALLAH. Maka dikatakanlah bahawa manusia itu sesifat Malaikat.

Seterusnya Ruh Muhammad sebagai ibu ruh menciptakan alam semesta ini. Ianya tidak lain dan tidak bukan selain ZAT MUTLAK yang meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian manusia dengan Sifat Maha MeliputiNya.

GHAIB maksudnya ialah WUJUD tetapi TIDAK KELIHATAN oleh mata kasar tetapi dirasakan kewujudannya oleh pancaindera atau mata hati.

SUHUDIL KASRAH FIL.

Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Arabi bila mengungkapkan kata kata termashur ini :-

LIHATLAH SATU PADA YANG BANYAK
LIHATLAH YANG BANYAK PADA YANG SATU
YANG BANYAK ITULAH YANG SATU & YANG SATU ITULAH YANG BANYAK
DAN YANG SATU ITULAH SATU YAKNI ZAT MUTLAK ALLAH

Barangkali inilah maksud sebenar SE / ESA / MELIPUTI itu yang bermaksud bahawa kita in Se-zat, Se-sifat, Se-asma’ & Se-afal dengan Allah Tuhan kita itu. Jika telah SE tidak lagi boleh dipisahkan.

Kembalikan hal ini kepada manusia. Jasad & Ruh atau Badan & Nyawa atau Jasmani & Ruhani tidak boleh dipisahkan . Jika sudah SE , maka jadilah Jasad itu Ruhani , Ruhani itulah Jasad, kerana asalnya adalah yang SATU jua. Ia SE, ESA / MELIPUTI.

Barangkali ini jugalah maksud :-

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Kita datang dalam bentuk dua jisim yaitu ruh & jasad. Kenapa pula bila kembali kita kembalikan Ruh kepada Allah dan jasad kebumi ?

Tidakkah wajib kita kembalikan jasad juga kepada Allah yaitu kembalikan kedua-duanya kerana kedua-duanya itu adalah satu atau esa, tidak boleh dipisahkan ? Inilah jalan kembali yang sebenarnya yang patut kita cari.

AWAL ZAT AKHIRPUN ZAT

Dan barangkali ini jugalah maksud AWAL ZAT – AKHIRPUN ZAT JUA.

Arif mengatakan jika didunia ini, kita pisahkan diri kita dengan Allah kerana kita bertauhidkan Allah dan alam itu BERFARAQ atau TERPISAH, maka kembalilah kita dengan terpisah jua. Jika didunia ini, kita bertauhidkan SE- ALLAH maka kita kembalipun SE jua. Wallah Hu Alam.

Setakat perbincangan kita pada tahap ini, fakir rasa otak kita semua boleh menerima kenyataan bahawa Ruh manusia itu asal usulnya ialah ZAT ALLAH. Oleh kerana pentajallian melalui konsep SE / ESA / MELIPUTI, maka Ruh Manusia itu ialah Allah pada hakikatnya Allah.
Dialah DIRI yang patut Dikenal saperti sabda Baginda Rasul – Kenal Diri maka kenallah akan Allah – Saperti yang telah dikatakan dahulu adalah mustahil seseorang itu dapat membayangkan atau kenal Allah kerana Allah itu Mahasuci dari dapat dibayangkan rupaNya oleh sesiapapun.

Ingat – Ruh Manusia bukannya manusia yang berbadan dan bernyawa itu. Maksudnya selagi kita belum sampai ketahap INSAN KAMIL atau sebelum mengenal Diri sendiri maka belumlah lagi kita mencapai tahap INSAN.

METHODOLOGI UNTUK MENCAPAI TAHAP INSAN

Ada dua methodologi yang boleh saudara pilih jika berhajat untuk mencapai Tahap INSAN . Namun fakir mengingatkan bahawa ianya adalah KETENTUAN ALLAH belaka.

Pertama melalui methodoligi Tarekat. Pilihlah Tarekat dan ikutilah ajaran murshid anda. Kedua melalui methodologi Tafakur. Bolehlah anda cuba methodologi yang disyorkan oleh Dr Bagindo Muchtar dan cara cara Ustaz Abu Sangkan.

Pendidikan Ilmu Syariat yang menebal mungkin menyebabkan sesetengah orang sukar untuk menerima kenyataan ini , tetapi itulah hakikatnya.

Sementara itu pemahaman berlandaskan HUKUM AKAL sahaja tidak boleh dipakai jika tidak disahkan oleh dalil dalil NAQLI yakni Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith. Oleh itu saudara perlu merujuk kepada Al-Quran & Kitab Hadith.

Sekiranya masih berlaku was was kerana kefahaman bahawa Zat Allah itu Mahasuci dari disamakan dengan YANG BAHARU, maka mohonlah Petunjuk Allah.

Dan sekiranya anda mahu berwaspada maka cukuplah setakat anda yakin bahawa ruh kita itu dibekalkan dengan Sifat Sifat Ketuhanan yaitu Sifat Maani dan Maknuyah Allah dan bertauhidlah dengan mentashdiqkan bahawa Tiada Yang Nyata Hanya Allah.




MENGENAL RASUL

AJSAM = badan – Alam Ajsam ialah alam kebendaan ini.
AMTHAL = misalan misalan
ARIF = orang yang mempunyai makrifat ( pengenalan )
ARWAH = ruh ruh ( plural for ruh )
ASYGHAL = ( singular = Syaghal ) Latihan Sufi, misalnya duduk dengan cara tertentu, tarik nafas dengan La Ilaha dan diarahkan kepada Hati dengan Illallah dan lain lain.

Allah memudahkan kita untuk mengenali Sifat / Asma’ & Af’alNya kerana Allah menghuraikannya didalam Al-Quran. Allah juga berfirman bahawa cara termudah untuk mengenaliNya ialah dengan melihat dan mengenali RAHSIANYA yaitu DIRI KITA sendiri.

Nabi pula bersabda : Sesiapa yang mengenali dirinya pasti mengenal Tuhannya. Ini adalah kerana Allah telah mengistiharkan bahawa makhluk yang paling sempurna yang telah diciptaNya ialah manusia itu sendiri. Maksudnya kita sebagai manusia lebih sempurna daripada Malaikat apatah lagi Iblis yang berasal dari malikat itu.

Jadi kenapakah kita tidak mengakui akan kebenaran Kalam Allah dan kebenaran Sabda Nabi kita dan memilih untuk percaya pula kepada kata kata ulamak zaman ini yang mengatakan Ilmu Mengenal Diri itu sesat dan menyesatkan. Tanpa mengkaji dan berfikir orang memilih untuk mengikut sahaja.

Soal MENGENAL DIRI SENDIRI bukanlah soal yang mudah dan boleh dipermudahkan.

Apakah yang dikatakan sebagai DIRI itu ? Adakah ianya jasd kita atau nyawa kita atau kedua-duanya sekali atau DIRI itu perkara lain yang tiada kaitan dengan jasmani atau nyawa kita ?

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20
Dalam kebingungan ini , disini dikatakan bahawa asas utama untuk mengenal apakah yang dikatakan DIRI itu ialah mendalami Sifat 20 Yang Wajib bagi Allah dan meneliti kaitan atau hubungan Sifat 20 ini dengan yang dikatakan DIRI kita itu.

Sifat 20 ialah Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu dan faham. Sementara itu jangan pula kita beranggapan bahawa Sifat Sifat Allah itu cuma ada 20 sahaja. Mahasuci Allah dari kekurangan itu sedangkan kita manusia diciptaNya melebehi 20 sifat. Mengikut Ibnu Arabi tiap tiap satu objek adalah Sifat Sifat Allah. Yang demikian Sifat Sifat Allah itu tidak terkira banyaknya.

Orang orang yang mengkaji Sifat 20 dan berupaya mangaitkan Sifat Sifat itu dengan dirinya akan mudah Mengenal Allah dan RasulNya dan memahami apa yang dikatakan DIRInya itu. Seterusnya dia memahami akan Firman Allah melalui Hadith Qudsi yang manyatakan bahawa manusia itu adalah Rahsia Allah dan Allah sendirilah yang menjadi RahsiaNya.

MENGENAL RASUL
Disini dikatakan bahawa yang dikatakan DIRI SENDIRI itulah RASUL atau PENYAMPAI yang diamanahkan oleh Allah. Rasul ini wujud bersama kita setiap detik & ketika selagi kita masih bernafas. Dialah yang dikatakan RAHSIANYA & AMANAHNYA.

Tugas Rasul ialah menyampaikan amanah yaitu Hak Allah kepada yang diamanahkan kepada Rasul itu dan tugas yang menerima amanah pula ialah MEMULANGKAN amanah ( yang dikatakan hak allah itu ) kepada Yang Empunya Amanah yaitu Zat Wajibul Wujud itu sendiri.

Mengenal Rasul adalah lebih mudah berbanding Mengenal Allah. Ini adalah kerana Rasul itu manusia. Perbezaan Rasul dengan manusia biasa ialah Rasul itu terpelihara sifatnya oleh Allah yaitu dijamin bersifat SIDDIQ / TABLIQ / AMANAH & FATONAH.

Namun begitu Rasul Zahir yang terakhir telah wafat. Pada hakikatnya tiada saorang pun manusia yang ada didunia sekarang ini berupaya menggambarkan manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah itu dengan tepat.

Yang demikian apa yang perlu kita kenal sekarang ini ialah RASUL DIRI KITA SENDIRI yang oleh Arif dirujuk sebagai Muhammad Mustaffa Rasul Allah. Rasul ini juga disebut sebgai RASUL BATIN dan disebut juga sebagai RUH atau NYAWA.


JALAN PULANG

ATHAR = kesan
ASMA – i – ILAHI = nama nama Allah
ASMA – i – KIYANI = makhluk ( yang dijadikan )
ASMA – i THUBUTI = nama nama dengan yang dinamakan menunjukkan sifat sifat yang positif saperti berkuasa , mengetahui dsb
ASMA – i – SALABI = nama nama yang menunjukkan kekurangan sifat sifat saperti suci , kudus dsb

Sementara itu adalah jelas kepada kita akan betapa pentingnya mempelajari Ilmu Usul bila kita sudah tahu serba sedikit siapa diri kita yang sabenarnya, dari mana kita datang, kenapa kita disini dan kemana pula kita salepas ini.

Ulamak mengatakan bahawa satelah dimatikan kita akan kealam BARZAKH sementara menunggu kembali kenegeri asal kita yang disebut sebagai AKHIRAT.

JALAN DATANG & JALAN PULANG

Soalnya ialah bagaimana pula caranya kita boleh sampai semula ketempat asal kita yang disebut sebagai Akhirat itu dengan bukan sahaja selamat tetapi sempurna dan berkekalan ?

Ulamak mengatakan bahawa cara yang dikatakan selamat, sempurna dan berkekalan itu ialah dengan IMAN Yang Haq yaitu dengan menunaikan PERINTAH ALLAH yang ditunjuk oleh RASULNYA yang berasaskan Rukun Iman dan Rukun Islam.

Perintah Allah untuk kita tunaikan sangatlah banyak. Al-Quran menceritakan tentang Perintah & Larangan Allah, tentang dosa & pahala. Juga tentang Nikmat Syurga dan Azab Neraka.

JANGAN SEKALI-KALI BERBURUK SANGKA DENGAN ALLAH.

Namun begitu janganlah hendaknya kita bersusah hati mengingatkan akan perintah perintah Allah yang telah kita tinggalkan, tentang larangan larangan Allah yeng telah kita langgar.

Allah telah menunjukkan jalan keluar yaitu BERTAUBAT dan MEMINTA AMPUN kepadaNya dan wajiblah kita percaya bahawa Allah itu mengampunkan segala dosa melainkan dosa mensyirikkan Allah.
Janganlah sekali-kali kita berkata “ Entah diampun atau tidak dosa aku oleh Allah “ satelah kita minta ampun dan bertaubat. Ini dinamakan BURUK SANGKA terhadap Allah.

TAKUTILAH DOSA SYIRIK HOPPI

Sekali lagi fakir ingin mengulangi : Yang perlu kita takut dan berjaga-jaga ialah berhubung dengan dosa yang Allah tidak akan ampunkan yaitu dosa menduakan Allah atau menyengutukan Allah. SYIRIK namanya.

SYIRIK itu bukan sahaja syirik menyembah bahala dirujuk sebagai syirik yang KASAR tetapi yang paling ditakuti ialah apa yang disebut sebagai SYIRIK YANG HALUS atau TERSEMBUNYI atau SYIRIK HOPPI. Ini termasuk menyengutukan Allah dengan diri kita sendiri.

Bagi orang yang beriman yaitu yang benar benar beriman kepada Ayat Ayat Al-Quran mereka merasa lega dan bersenang hati dengan membaca dan berfikir dan memahami Firman Allah didalam Surah As-Shad : 46 :-

Katakanlah Ya Muhammad bahawa engkau diperintah untuk mengingatkan manusia SATU HAL SAHAJA yaitu MENGHADAP ALLAH DENGAN IKHLAS berdua-dua atau sendiri sendiri. Suruhlah mereka fikirkan.

FAHAMILAH MAKSUD IKHLAS

Allah juga Berfirman :-

Orang orang yang BERIMAN itu TIDAK TAKUT pada PENGURANGAN PAHALA atau PENAMBAHAN DOSA.

Maksudnya ialah orang yang beramal ibadah kerana didorong oleh rasa takut berdosa atau oleh keinginan untuk mendapatkan pahala belum lagi benar benar beriman.

Ini adalah kerana dia beramal dan beribadah dengan TIADA perasaan IKHLAS terhadap Allah. Lagipun Allah telah menyatakan melalui HADITH QUDSI yang dirujuk sebagai SUUL KHOTIMAH & HUSNUL KHOTIMAH bahawa urusan memasukkan seseorang kedalam Syurga atau Neraka itu adalah Hak & Ketentuan Allah, bukan ketentuan seseorang itu melalui amal ibadahnya apatah lagi jika amal ibadah itu tidak ikhlas.

Sekiranya kita betul betul faham siapa kita, siapa Allah dengan erti mengenalNya, faham pula kita maksud HAUQALAH, Kalimah Tauhid, Kalimah Rasul, Rukun Iman & Rukun Islam, tentulah kita akan menjadi orang orang yang benar benar beriman kerana kita tahu siapa diri kita yang menyembah dan kita juga tahu siapa Tuhan yang kita sembah.

Ini adalah kerana kita tahu bahawa semua yang kita lakukan itu adalah AF’AL Allah dan bukannya perbuatan kita.

Ingatlah bahawa SYARIAT itu KULIT dan ianya lakuan Jasad manakala HAKIKAT itu ISI dan ianya adalah AMALAN BATIN atau Ruh atau Nyawa.

Adakah IKHLAS itu ditempatkan ditubuh kita ?

TAKRIF ORANG ORANG BERIMAN MENGIKUT AL-QURAN
Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang mendapat Petunjuk.

Orang orang yang mendapat petunjuk ialah orang orang yang mendirikan Solat, menunaikan Zakat, Haji dan yakin pada hari Akhirat.

Orang yang tidak melakukan kezaliman yang besar yaitu orang orang yang tidak menyengutukan Allah

Orang yang mendapat kemenangan besar yaitu orang yang mentaati Allah & RasulNya, bertakwa dan berkata benar.

Orang yang tidak pernah memikirkan tentang dosa dan pahala bila beribadah kepada Allah

Orang yang gementar jiwanya bila disebut sahaja Nama Allah.


ZAT GHAIB DALAM SIFAT


AYNIYYAT = sama saperti ais dengan air
BAY-SHARA = orang orang Islam yang tidak berapa patuh kepada Syariat Islam
ZAT = Yang menunjukkan Sifat. Tidak dapat diperkatakan hakikatnya. Ada orang menganggap serupa dengan Wujud tetapi Wujud dikira antara 4 hypotesis Wahdat yakni Ilmu, Nur , Wujud & Suhud – manakala Zat mesti atas lagi daraipada hypotesis.
ZAT – i - ZAHIR = Zat – i – Batin terdiri dari Ahdiyyat , Wahdat & Wahdiyyat dan Zat – i- Zahir terdiri dari Arwah , Amthal & Ajsam.
ZAKIR = orang orang yang berzikir.

PROSES TAJALLI ZAT GHAIB DALAM SIFAT

Terciptanya manusia oleh KUDRAT yakni Maha Berkuasa Allah atas IRADAT yakni Maha Berkehendak Allah. Terjadinya Iradat kerana ILMUNYA yakni Maha Mengetahui Allah. Allah Maha Tahu kerana HAYATNYA.

Nyata Allah Maha Hidup kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat yaitu Sifat SAMA’ & BASARNYA.

Untuk dinyatakan apa yang dilihat dikatakan dengan KALAM. Kata kata Allah Yang Haq ialah KUN. Atas perentah ZAT Kalam mengatakan . Hanya Sama’ yang mendengar Basar belum lagi melihat.

Oleh kerana Basar belum melihat, Zat memerentahkan Kalam menyatakan PAYAKUN yakni TERJADI, maka terjadilah manusia dan barulah Basar melihat manusia itu.

Untuk menyatakan KESEMPURNAAN SIFAT SIFAT KEMULIAAN itu maka Zat berfirman : Kaunuhu Ya Muhammad.

Kaunuhu menyatakan Sifat Zat yang Maani itu. Menyatakan Sifat Maani atau keadaannya itu dikatakan SIFAT MAKNUYAH. Atau dengan lain lain perkataan Sifat Maani dinyatakan atau diterangkan oleh Sifat maknuyah. Ini dikatakan sebagai Sesifat dari Zat. Kalau sesifat dari Zat, maka tidaklah boleh dipisahkan lagi.

Itulah kebesaran Allah. Manusia ( Adam ) itu tanda Kebesaran yaitu ALLAH HU AKBAR.

Ternyata perkataan Allah Hu Akbar itu menunjukkan 7 Sifat Maani yang agung yang digelar HAKIKAT MUHAMMAD.

Sheikh Abdul Kadir Jailani memanggilnya RUH AL-QUDSI atau TIFLUL MAANI. Itulah nyawa kita yang dipanggil SIRR yang bersifat RABBANIAH ( Ketuhanan ) Ia dari Allah dan sentiasa behubung dengan Allah.

Syeikh Abdul Kadir mengatakan bahawa Ruh Al-Qudsi itu sesifat JASAD tetapi ianya adalah NUR ( Cahaya ) yang tidak boleh kita lihat dengan mata kepala. Jika Ruh Al-Qudsi itu sesifat Jasad dan ianya dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU, maka fahamlah kita akan makna Hadith yang mengatakan bahawa Allah menciptakan ADAM mengikut rupaNya dan bahawa manusia itu adalah RAHSIA ALLAH dan Allahlah Rahsianya.

Jika Allah tidak dapat anda bayangkan, kerana Allah itu belum pernah anda ketemui, maka anda bayangkanlah DIRI BATIN anda yang sesifat Jasad anda itu. Lihatlah cermin. Dialah yang menjadi Imam anda ketika anda sembahyang. Maka jadilah sembahyang anda saperti mana yang dikatakan oleh Arif – yang disembahlah yang menyembah dan yang menyembahlah yang disembah.

KEBESARAN = KEMULIAAN + KESEMPURNAAN = ALLAH

NUR ALLAH = Muhammad Mustaffa Yang Gilang Gemilang

KEMULIAAN + KESEMPURNAAN = KEBESARAN

ALLAH HU AKBAR

JASAD + SIFAT ( RUH ) = MANUSIA.